Makluman

  1. Sila rujuk Syarat Permohonan Insentif Pengurangan Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA (Conversion) bagi syarat-syarat permohonan.
  2. Sila rujuk Panduan Pengguna sebelum melengkapkan permohonan.
  3. Setiap pemohon dibenarkan untuk membuat satu (1) permohonan sahaja di dalam sistem. Walau bagaimanapun, pemohon boleh mengemukakan permohonan yang meliputi dua (2) atau lebih peringkat pengajian. Sila pastikan maklumat diisi dengan lengkap.
  4. Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat yang diberikan tidak lengkap atau tidak benar (palsu).
  5. Pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan dalam borang permohonan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua (2) tahun atau didenda RM2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989).
  6. Bayaran balik pinjaman pelajaran MARA boleh juga dibuat melalui pengeluaran caruman KWSP (sila layari laman sesawang rasmi KWSP).
  7. Sekiranya terdapat ralat pada dokumen yang dimuat naik ke dalam sistem, pemohon hendaklah remove fail berkenaan terlebih dahulu dan muat naik semula dokumen tersebut.


Berikut adalah cara untuk mengecilkan saiz fail yang akan dimuat naik:

  1. Buka Microsoft Word.
  2. Salin dokumen yang berbentuk PDF menggunakan snipping tool dan paste dokumen tersebut ke Microsoft Word.
  3. Klik File dan klik Save As Type pilih PDF (saiz akan lebih kecil).
  4. Muat naik fail PDF yang baru ke eConversion dan cuba klik link dokumen berkenaan untuk memastikan fail tersebut boleh dibuka dengan baik.


Pemohon disarankan menggunakan pelayaran Internet Explorer dan Microsoft Edge untuk mendapatkan paparan yang terbaik.


PERHATIAN

Sebarang pertanyaan sila emel kepada infobkk@mara.gov.my